Monday, January 13, 2014

Kak Su #Nasi #Kerabu Tumis #Ketereh , kepelbagaian #citarasa #rakyat #Kelantan dari zaman silam.


Assalamualaikum,

Berbicara tentang nasi kerabu , ramai pengunjung dari luar Kelantan tidak mengetahui bahawa terdapat 3 jenis nasi kerabu

1. Nasi kerabu biru/hitam
2. Nasi kerabu tumis
3. Nasi kerabu kuning.

Kali ini, kami membawa anda ke Warung Kak Su Nasi Kerabu Tumis yang terletak di Batu 11(Ketereh) , Jalan Kota Bharu- Kuala Krai yang popular dikalangan penggemar nasi kerabu.


Warung Kak Su Nasi Kerabu Tumis terletak 2.03 km ke hadapan lampu isyarat Pekan Ketereh jika anda dalam perjalanan ke Kota Bharu. Oleh itu, bila setibanya anda di lampu isyarat tersebut, pastikan anda resetkan speedometer kereta anda dan setibanya ke titik 2 km , pandang sebelah kiri jalan dan anda akan dapati warung Kak Su betul-betul berhadapan Surau Kampung Chengal Batu 11. Kenapa kami begitu spesifik akan premis ini? Jawapannya , kami sendiri pun selalunya terlepas pandang dan terlajak di jalan yang paling sibuk di negeri ini.

KLIK sini untuk peta Google Map dan navigasi koordinat GPSnya adalah 5.976408,102.249991




Warung Kak Su diasaskan oleh Puan Wan Rahmah bt Wan Daud 15 tahun lalu , di mana nama Kak Su ini merupakan nama panggilan beliau sejak dari zaman remajanya lagi. Beliau kini dalam fasa penyerahan premis untuk diurus tadbir oleh anak lelakinya En. Shahrul Naim.

   
Beza antara nasi kerabu biru/hitam dengan nasi kerabu tumis adalah nasi kerabu biru tidak mempunyai kuah tumis manakala nasi kerabu tumis mempunyai kuah tumis dan nasinya pula tidak diwarnakan . Hanyalah nasi biasa, nasi putih.


Beginilah suasana kesibukan dan kemeriahan premis ini terutama pada waktu kemuncak pagi Jumaat dan Sabtu setiap minggu. Menurut Kak Su , setiap hari premis ini memperuntukkan lebih 50 kg daging dan 50 kg ayam untuk dibakar dalam memenuhi selera pelanggannya. Kapasiti tersebut meningkat sekali ganda jika tibanya musim cuti sekolah.

Warung Kak Su Nasi Kerabu tumis memulakan operasinya pada setiap hari bermula jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Nasi kerabu tumis yang dijual pula adalah pada harga rakyat , bermula dari RM3.00 untuk nasi kerabu standard sehinggalah RM6.00 untuk nasi kerabu special .

Jika pengunjung datang ke sini bersama keluarga, premis ini juga menyediakan nasi berlauk ikan aya(tongkol) dan gulai ayam sebagai menu pilihan .

Moga dengan adanya kami sebagai penunjuk arah untuk pelancong mencari kedai makan best di Kelantan ianya dapat memudahkan pencarian anda. Insyaallah

Wassalam.

3 comments:

  1. Tak nampak keaslian nasi kerabu pun...keropok takde, kerabu pun tak lengkap jer..nasi plak warna putih...kadang2, kat KL lagi boleh dapat nasi kerabu yang asli...

    ReplyDelete
  2. Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
    dan terimah kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
    berikan keputusan 6D ((( 0 9 9 5 3 7 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
    sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya menang togel 145
    juta, wassalam.

    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

    Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
    INFO TOGEL KLIK DISINI

    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
    No WA Aki : 082313336747

    INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

    angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos

    ReplyDelete
  3. Makanan Khas satu ini kalau di jakarta di sebut Nasi Uduk,akan tetapi di malaysia namanya Nasi Lemak,semoga aja rasanya gak jauh beda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget