Tuesday, March 4, 2014

#Kopitiam Kita , pelbagai #budaya satu #citarasa. #Roti titab , nasi air dingin dan macam-macam ada.


Assalamualaikum,

Setelah berminggu-minggu kesibukan menguruskan rutin harian anak sekolah akhirnya sempat juga kami mencelah untuk meneruskan perjalanan dalam menjejaki dan menginformasi kedai makan yang terbaik di Kelantan.

Kopitiam Kita , satu nama yang ringkas dan mudah , seiring dengan namanya 'KITA' bermaksud semua kelompok tak kira Melayu , Cina , India , Siam dan sebagainya bertandang di sini untuk menikmati sarapan pagi bagaikan sebuah keluarga besar. Macam-macam ada.

Lokasi Kopitiam Kita sebenarnya dekat dengan pusat bandar namun agak terselindung. Panduan utama untuk sampai ke sini adalah dengan mencari landmark New Pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa . Resetkan speedometer kereta anda dan sampai saja titik 250 meter maka berpalinglah ke kiri , di hujung bangunan komersial terdapat selekoh , belok kiri maka anda sudah tiba.


Singgah di Kopitiam Kita tatkala menghabiskan masa percutian adalah satu pengalaman yang pastinya tak dapat dilupakan tatkala dapat bersama pelbagai bangsa bersembang mesra loghat Kelate .

KLIK sini untuk rajah Google Map dan GPS koordinatnya adalah 6.129493,102.24939




Pelbagai gelagat dapat dilihat bila anda memasuki premis ini, ianya melambangkan keselesaan mereka dengan kebersihan dan ruang yang ditampilkan walaupun sibuk dengan pelanggan.

Pelanggan yang sudah biasa di sini setiap pagi semestinya mengidamkan sajian 'Roti Titab' dan secawan kopi pekat di atas meja. Pilihan roti goreng telur dan telur separuh masak juga sangat menyelerakan.



   
Ada sahabat Facebook yang bertanya , Apakah maksud 'Roti Titab' itu ? . 'Roti Titab' adalah hasil cetusan resepi pemiliknya sendiri iaitu Mr. N,H Wong dan jenama 'Roti Titab'  hanya di Kopitiam Kita sahaja. Ianya hakcipta terpelihara.

Makanan lain yang sedia terhidang layan diri adalah nasi air dingin, nasi nasi lemak, nasi tumpang dan pelbagai jenis kuih muih yang diperoleh terus dari pembekal yang diyakini.

Kopitiam Kita yang berkonsepkan sarapan santai ini pernah di kunjungi oleh selebriti Datuk Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Yusri , pemain bolasepak antarabangsa dan ramai lagi . Kebanyakan foto dari celebriti tersebut terpampang di barisan layan diri sebagai tatapan pengunjung dan kenang-kenangan peribadi pemilik premis ini.

Premis di buka pada setiap hari kecuali bulan puasa dan hari raya. Ia beroperasi seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja. 
   
Pasal hal harga, kopitiam ini kami anggapkan antara yang terbaik di negeri ini.

Kebetulan pada hari tu , sahabat Mr. Wong datang berkunjung dan sebagai tanda kenangan foto ini adalah permintaannya.


Komen kami adalah : Nikmat penghabisan makan roti titab memang mantap!!.

Wassalam.

12 comments:

  1. Nasi bungkus yg ditanda "nasi air dingin" yg dijual di Kopitiam Kita bukanlah yg ori. Yg ori bungkusannya ada cop, tp yg kt kopitiam kita, kertas 0 sahaja. Rasanya pun lain (lg sedap yg ori). Siapa yg biasa makan, tahula. So, jgn terpedaya

    ReplyDelete
  2. Sy org kelantan, tp x penah merasa makan kat situ. Malam ni konon nak pergi tp nasib baik jmpa blog saudara..rupanya malam x buka...hehe

    ReplyDelete
  3. Ori tak ori kita ke sana sbb nak enjoi the food. Nak ori pergi rumah hat buat nasik dingin itu. Tq atas review ini. Terbaik!

    ReplyDelete
  4. Ori tak ori kita ke sana sbb nak enjoi the food. Nak ori pergi rumah hat buat nasik dingin itu. Tq atas review ini. Terbaik!

    ReplyDelete
  5. Nasi air dingin ada banyak versi...Air Dingin adalah nama sebuah kampung di Tumpat...penduduk di situ ramai yg jual nasi untuk sarapan...klau nak yg ori kena pi makan kat kedai kopi kampung tuu.

    ReplyDelete
  6. Hallo para pecinta poker online nih aku mau kenalin agen poker online terbaik DNAPOKER
    Hanya Dengan Minimal Deposit Rp 10.000,- kamu Sudah Bisa Menikmati Semua Permainan Dalam 1 user id loh .
    * POKER
    * BANDAR CEME
    * BLACKJACK
    * SUPER TEN
    * DOMINOQQ
    * CAPSA SUSUN
    * CEME KELILING

    Dapatkan juga bonus-bonus menarik dari kami yaitu :
    - Bonus new member 30%
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus TurnOver mingguan Up To 0.5%
    - Bonus TurnOver Bulanan Up To 0.5%
    - Bonus Refferal Seumur Hidup

    Jadi tunggu apalagi, Ayo bergabung dan Download aplikasinya sekarang juga di hp kamu.

    Link Altenatif kami :
    www.dnapoker.co
    www.dnapkr.net
    www.dnapkr.com

    WA : +85586392773
    Line : dnapoker
    Wechat : dnapoker
    BBM : E33FF559

    ReplyDelete
  7. Hai Teman ..kami dari Agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ingin mengajak kamu bergabung di DNAPOKER.
    ♠ Bonus New Member 20% max bonus Rp 300.000,-
    ♣ Bonus setiap Deposit 5% max bonus Rp 100.000,-
    ♥ Bonus Cashback rollingan 0,3%
    ♦ Bonus Refferal 15% ( Seumur Hidup )
    Untuk info lebih lanjut :
    WA : +8558692773
    link alternatif kami :
    www.dnawin.net
    www.dnawin.co
    www.dnapoker.com

    ReplyDelete
  8. Sy org kelantan, tp x penah merasa makan kat situ.

    ReplyDelete
  9. Tabletop GX | Titanium Gold | TITanium Arts
    Tabletop GX, a 3-piece columbia titanium boots tabletop design with a titanium bikes traditional pyramid shape; with the addition of an original vintage men\'s titanium wedding bands design, the GX shape titanium engagement rings features a seating citizen promaster titanium

    ReplyDelete