Tuesday, April 1, 2014

#Roti Tempayan (#Nan) #Tandoori Belimbing , kesedapan #hidangan dari pengalaman.


Assalamualaikum,

Di negeri Kelantan, amat jarang kedapatan kedai makan yang berasaskan gandum seperti roti nan , capati dan sebagainya. Namun, jika sesuatu kawasan itu mempunyai kedai makan sedemikian, sudah tentu ianya menjadi tumpuan , tambah-tambah lagi ianya sedap pada harga yang berpatutan.



Dalam pencarian kedai makan best di kawasan Tanah Merah , kami telah berjumpa dan merasai keenakan Roti Tempayan Tandoori Belimbing yang agak popular di kalangan pelancong pelbagai kaum dan masyarakat setempat.


Premis Roti Tempayan (Nan) Tandoori Belimbing ini terletak lebih kurang 6 km dari Pusat Bandar Tanah Merah di jalan menghala ke Pasir Mas. Lokasinya hanya bersebelahan Masjid Kampung Belimbing . KLIK sini untuk Google Maps dan koordinat GPSnya adalah 5.843056,102.160639


Premis Roti Tempayan Tandoori Belimbing ini dimiliki oleh Poksu sekeluarga yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam arena meng'uli dan menepuk gandum roti nan.

Kesedapan roti tempayan belimbing ini terletak pada roti yang dibakar lembut dalam tempayan menggunakan bahanapi arang untuk aroma aslinya. Selain dari tu , kuah penyicahnya yang terdiri dari kari kambing, ayam dan daging begitu memikat selera dan selalunya mendapat komen yang positif dari pelancong Pakistan yang berkunjung ke sini.



Tandoorinya pula ...Aduss!!! , begitu menggiurkan mata si pemandang. Bagi yang inginkan pengecualian dari roti tempayan hidangan Nasi Ayam Tandoori juga menjadi pilihan.



Mungkin kebanyakan dari kita agak prejudis dengan perbelanjaan bila makan dipremis ala Pakistan ini. Namun percayalah, sebutharga di sinipasti membuka minda anda bergegas ke sini untuk mencubanya.

Harga roti tempayan(nan) dengan kuah kari kambing hanya RM3.00 manakala kuah ayam dan daging pula RM2.00 . Tandori ayam hanya berharga RM6.00-RM8.50 bergantung kepada bahagian yang dipilih pelanggan samada dada atau pun paha. Menarik bukan?


Roti Tempayan Belimbing menjalankan operasi setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 4.00 petang hinggalah 11.00 malam.

Nasihat kami adalah supaya datang awal kerana jika terlampau lewat , kalian akan hampa balik dengan hati kempunan. Hihihi

Wassalam.
 

6 comments:

  1. Di Kelantan amat jarang kedai jual roti canai / nan ? Hahaha silap statement tu brader ... ni mesti kes tak round habis lagi ... takyah round Kelate .. kat KB pun berlambak kedai roti tempayan / canai ...

    Actually Kelantan adalah negeri paling unik bab roti nih, kalu di negeri lain, kalu nak cari roti tempayan kena pi kedai mamak yg mana roti hanyalah antara byk2 item yg dijual, tapi kat Kelate, kedai yg specialize atau prioritized HANYA roti tempayan / roti nan adalah berlambak-lambak .. dari org melayu sampai la mamak pakistan punya kedai ... Cuma beza atas sedap tak sedap jer ...

    Kat KB sahaja dah tabley nak kira, operasi pun tak kira masa tapi dlm byk2, kedai roti tempayan yg boley puji kat KB ialah di :

    1) Restoran Wajinah Jalan Dusun Muda ( dekat Wisma ), ada tandoori ...

    2) Restoran Najah di Kubang Kerian ( hanya buka malam dan hanya jual roti sahaja, seberang jalan depan showroom Perodua / Proton ? )

    3) Kedai Nasi Arab di Panji dekat pallo gertak Pulau Melaka, alik kiri kalu dr KB

    4) Kedai Roti Tempayan Mayat ( dulu duk belakang Rumah Mayar HRPZII tapi dah pindah seberang jalan dari Restoran Khengsom Wakaf Mek Jenab ), dulu sebelum pindah memang best tapi lepas pindah, kualiti agak dah compromised ....

    Area Kampung Belimbing Tanah Merah tu pun belanar konar kedai roti tempayan tapi hok demo tunjuk ni bagi ambo biasa jah, dopleh lawan hok tiga hok disenarai di atas ...

    Itu blom ambo cerita tempat roti canai lagi ...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
      dan terimah kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
      berikan keputusan 6D ((( 0 9 9 5 3 7 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
      sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya menang togel 145
      juta, wassalam.

      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

      Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
      INFO TOGEL KLIK DISINI

      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

      angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos

      Delete
  2. rilex la brader
    ni blog tuan tanah
    tak puas ati bukak blog sendiri yg laagi power k

    ReplyDelete
  3. betul tu tuan bllog ambo stju bnarr

    ReplyDelete
  4. betul tu tuan bllog ambo stju bnarr

    ReplyDelete