Assalamualaikum,
Pastinya rakan sahabat ternanti-nanti akan entry tempat makan yang best di Gua Musang seperti yang dijanjikan. Maaf atas kelewatan.
Gua Musang adalah merupakan bandar pertama yang pastinya disinggahi oleh pelancong yang datang dari Kuala Lumpur dan Pahang. Ia merupakan bandar singgahan utama bagi mendapatkan bekalan petrol, makanan segera, rehatkan mata yang mengantuk(pemandu) dan sebagainya.
Dalam pada itu, kami dapati ramai pelancong sangat tergesa-gesa untuk sampai ke Kota Bharu walhal di Gua Musang inilah merupakan langkah pertama untuk destinasi Kelantan yang mengasyikan secara keseluruhannya.
Dengan itu kami memperkenalkan kepada anda
'Restoran Dalam Taman' yang tersohor di kalangan pembesar kerajaan namun pada harga rakyat.
Restoran ini terletak di Kampung Kundur , Jalan Cameron Highland ( hanya 200 meter dari Simpang Empat Taman Tropika) yang hanya 3 km dari checkpoint Stesen Minyak Shell Bandar Baru Gua Musang.
KLIK sini untuk rajah yang jelas dari Google Map.
Manakala koordinat GPSnya pula adalah : 4.876078,101.94603
Restoran Dalam Taman ini merupakan suatu premis yang sedikit terpencil namun dengan masakan yang sedap harga yang berpatutan dan keunikan barang-barang purba seperti kayu-kayan dan batu-batuan unik sebagai penghias taman telah berjaya memikat hati pegawai besar kerajaan seperti YM Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Ahmad Maslan dan berdozen-dozen pengarah jabatan.
Terdapat 3 kompartmen utama di premis ini :
1. Makan sambil bersila (Gambar yang teratas)
2. Makan di kerusi
3. Ruang pameran barangan unik oleh Kak Na (pemilik)
Manakala dari segi konsep penyediaan makanan adalah berupa percantuman budaya pemakanan Thailand (Masakan Panas) di sesuaikan dengan citarasa kelantan melalui ulam-ulaman hutan. Seperkara lagi, pelanggan juga boleh memesan masakan daging rusa untuk menu alternatif.
Menu ikan siakap masak asam limau. Harap tutup mulut dulu yer.
Ulam-ulaman segar tersedia untuk di cicah ke dalam budu bersama ikan bakar tawar.
Tom Yam yang menyelerakan.
Ikan koi besar-besar pun ada! Ish ish ish.....
Semasa membuat sesi live fotografi ini, kami dengan rasa terima kasih kepada seorang datuk pengarah dari sebuah agensi kerajaan bersama kakitangan pejabatnya kerana memberi kami kebenaran untuk merakamkan saat kemeriahan mereka menjamu selera. Terima kasih, maaf jika terganggu selera ketika menikmati jamuan(gambar bawah).
Restoran Dalam Taman ini diasaskan oleh sepasang suami isteri yakni Abah dan Kak Na pada 4 tahun yang lalu. Manakala waktu operasinya adalah bermula pada pukul 11.00 pagi hinggalah 12.00 tengah malam kecuali Jumaat.
Dari segi menu dan harga pula adalah sangat berpatutan . Harga rakyat . Pengunjung boleh memilih samada untuk memesan makanan secara pakej (ramai) atau secara individu.
Mungkin ada yang sangsi dengan harga pakej , kami jelaskan kepada anda supaya tiada timbul keraguan:
Jika ingin membuat tempahan awal mahupun tersesat ketika mencari lokasi sila hubungi pemilik :
Kak Na atau Kak Long : 017-9018672 atau 013-9351433
Up:
1. Pengarah Pelancongan Kelantan
2. Pengarah Tenaga Nasional Berhad(Kelantan) - Bantuan lampu jalan.