Friday, December 6, 2013

#Nasi #Dagang Ziela Pohon Kekuk(ceri), Citarasa Kemanisan #Rakyat #Kelantan.


Berbicara tentang nasi dagang , ramai di antara kita yang keliru tentang citarasa nasi dagang Kelantan dengan nasi dagang Terengganu. Nasi dagang Kelantan lumrahnya dimasak dengan beras khas yang mempunyai warna keperangan manakala nasi dagang Terengganu berwarna putih mutlak 'plain white'. Dari segi rasanya pula gulai ikan aya (tongkol) nasi dagang Kelantan lebih manis dari Terengganu.

Alhamdulillah, dengan cuaca yang agak baik hari ini,  kami dapat melakukan sesi live fotografi di Kedai Nasi Dagang Ziela Pohon Kekuk(ceri), Jalan Yaakobiah , Kota Bharu yang telah hampir 20 tahun menjalankan perniagaannya. Premis ini terletak lebih kurang hanya 5 km dari pusat bandar yang mengambil masa 15 minit perjalanan.

KLIK untuk rajah jelas dari Google Map.
Manakala koordinat GPSnya adalah 6.113646,102.265934



Nasi Dagang Pohon Kekuk(ceri) adalah berasal dari sebatang pokok kekuk yang menjadi trademark pengunjung ke sini. Dengan adanya pohon kekuk ini, ia menjadikan laman premis lebih nyaman di bawah teduhannya.



Melangkah kaki memasuki premis ini, perkara yang tak dapat di elakkan adalah bau rempah kari ikan aya(tongkol) kaw manusuk hidung sekaligus membuatkan anda teruja untuk mencubanya apatah lagi melihat rakan sekeliling berbaris beratur menunggu giliran samada tapau bungkus atau makan di kedai Kak Ziela ini.



Keistimewaan nasi dagang Kelantan pohon kekuk ini adalah kerana beras nasi dagang yang di masak secara kukus sempurna dan terus dihidangkan kepada pelanggan panas-pas di atas pinggan berlapik daun pisang sekaligus membangkitkan aroma nasi dagang tersebut. Selain itu, ikan aya yang di tempah setiap hari dari nelayan menghasilkan isi yang pejal kesegaran ditambah pula dengan rasa lemak santan dan kemanisan citarasa asli Kelantan.

Inilah keadaan sebenar situasi pelanggan , sabar menanti akan untuk hidangan . Waktu operasi premis Nasi Dagang Dagang Pohon Kekuk ini adalah pada setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hinggalah 4.30 petang termasuk Jumaat kecuali dalam sebulan terdapat 4 hari cuti yang di persetujui bersama antara majikan dan pekerja yang setia.

Harga kebiasaan nasi dagang atau nasi berlauk(alternatif) di sini adalah lebih kurang RM3.00 hingga RM6.00 bergantung kepada jenis lauk yang diambil. Di antara lauk-lauk lain yang terdapat di sini adalah ayam gulai, ikan kerongan bakar, hati goreng, ikan kembung/selar masak masam manis dan bermacam-macam lagi.

Oleh yang demikian, kami berpendapat Nasi Dagang Ziela Pohon Kekuk merupakan salah satu tempat makan yang wajar di kunjungi pelancong untuk merasai perbezaan antara nasi dagang Kelantan dengan nasi dagang Terengganu. Insyaallah

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget