Sunday, May 18, 2014

Lido Corner atau #Nasi #Sup Tepi #Sungai #citarasa unggul walau bersesakan hanya untuk sesuap kenikmatan.


Assalamualaikum.

Nasi sup merupakan satu identiti makanan universal khususnya masyarakat Asia tak kiralah samada Melayu , India , Cina, Jepun dan lain-lain. Masing-masing mempunyai identiti dan citarasa yang tersendiri dan yang pastinya semua lapisan bangsa menyukainya.

Kami membawa anda ke premis Lido Corner atau dengan panggilan lain Nasi Sup Tepi Sungai Kota Kharu yang boleh kami anggap sebagai premis otai di Kelantan. Lokasi premis ini adalah di selekoh 90 darjah Jalan Post Office Lama bersebelahan Hotel Grand Riverview yang mashyur di Kota Bharu.

KLIK untuk rajah peta Google Maps manakala GPSnya adalah 6.12793,102.234333

Nasi Sup Tepi Sungai atau nama rasminya Lido Corner ini dinamakan bersempena tapak pawagam Lido yang tersohor pada era 70an 80an dahuku. Premis ini adalah merupakan sebuah warung kecil kepunyaan En Mahadi bin Harun yang mengusahakannya sejak lebih 22 tahun.

Apakah rahsia dan keistimewaan nasi sup tepi sungai ini?

Premis Lido Corner berkonsepkan layan diri sepenuhnya menyediakan hanya 1 menu utama yakni nasi sup daging gred A samada daging musir ataupun pangkal peha bercampur sedikit urat dan lemak dengan pilihan sampingan 3 jenis lauk iaitu 1. daging bakar, 2. ayam bakar 3. kari ikan. Pelanggan yang berkunjung boleh membuat pilihan samada memilih untuk pakej lengkap sup berisi dengan pilihan lauk yang berharga RM10.00 atau sup kosong dengan lauk berharga RM6.00 bagi memenuhi selera makan tengahari.

Bagi yang pertama kali berkunjung menjamu selera di sini, daging dan ayam bakar seharusnya dicampurkan colek (sos) manis bagi menjamin rasanya sebati bila makan bersama nasi dan sup. Sememangnya makan dengan pakej lengkap pasti mengundang ingatan untuk kembali buat kali keduanya.

Selain itu , pengunjung juga di harap dapat menyesuaikan diri dan jangan ambil hati dengan konsep sepenuhnya layan diri kerana kapasiti dan ruang makan adalah terhad. Namun mungkin kerana keunikan itulah jua premis ini hingga bertahan  untuk sekian lama.  




Lido Corner memulakan operasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 12.30 tengahari hingga 5.30 petang. Manakala bagi pelanggan yang inginkan sedikit kelegan dinasihatkan elakkan waktu puncak pada pukul 1.00 hingga 2.30 petang kerana pada waktu tersebut premis ini amat sesak dengan pelanggan tetap dari pejabat kerajaan dan swasta di sekitar pusat bandar ini.

Selamat menjamu selera.

Sekian.

5 comments:

  1. Konsep layan diri jika diserta dengan pekerja yang mesra pelanggan, pasti mengundang kekaguman di hati :) Tapi jika diserta dengan pekerja yang tidak mesra pelanggan, pasti terasa kecil hati dan mungkin tidak akan pergi lagi.. Harap layanannya memuaskan :)

    ReplyDelete
  2. Baru lepas berkunjung nak rasa sup kat sini, konsep layan diri tu ok je, tapi pekerja serius sombong..ada ke sound customer,mintak bekas sup pon kena marah..yg lain ok la, harga 2 biasa la tinggi sikit sebab dlm bandar kononnye..pakcik sebelah meja pon macam merungut x puas hati dengan servis..yg lain no komen..

    ReplyDelete
  3. Hai Teman ..kami dari Agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ingin mengajak kamu bergabung di DNAPOKER.
    ♠ Bonus New Member 20% max bonus Rp 300.000,-
    ♣ Bonus setiap Deposit 5% max bonus Rp 100.000,-
    ♥ Bonus Cashback rollingan 0,3%
    ♦ Bonus Refferal 15% ( Seumur Hidup )
    Untuk info lebih lanjut :
    WA : +8558692773
    link alternatif kami :
    www.dnawin.net
    www.dnawin.co
    www.dnapoker.com

    ReplyDelete