Assalamualaikum,
Kami menerima banyak pertanyaan dari sahabat facebook untuk mengetahui lokasi warung ikan bakar di negeri Kelantan. Bertindak atas pertanyaan tersebut, rasanya tidak salah untuk kami menerjah hingga ke Kuala Besut, di mana di sinilah bermulanya pendaratan ikan segar tersohor selain dari pengkalan Tok Bali dan Kuala Besar di Kelantan.
Kali ini, kami mambbwa anda ke premis Zul Ikan Bakar Kuala Besut yang popular dikalangan penggemar makanan laut khususnya dalam hidangan ikan bakar berempah. Ia terletak betul-betul di kepala jambatan Kuala Besut bersebelahan jeti pendaratan ikan LKIM . KLIK untuk rajah Google Maps manalaka koordinat GPSnya adalah 5.828319,102.562211
Sambil-sambil melayan anak-anak yang gembira meratah hidangan colek celup tepung , tugasan ibu dan ayah diteruskan dengan memilih jenis ikan mahupun pelbagai makanan laut lain di sudut mentah untuk sajian keluarga. Setelah dipilih, proses penimbangan ikan (harga per 100 gram) dilakukan untuk di bakar segera oleh kakitangan Zul Ikan Bakar yang cekap.
Setelah menjalani proses penyiangan dan pembersihan, ikan ikan tersebut dibalut dengan kerajang perak bersama rempah ratus rahsia yang membawa kemajuan dan pengekalan premis ini untuk lebih 10 tahun lamanya.
Satu hidangan yang cukup ringkas tetapi membuka selera . Premis Zul Ikan Bakar dimiliki oleh En, Zulkifli bin Muhammad, ia menjalankan perniagaannya bermula pada pukul 8.00 malam hingga 2.00 pagi setiap hari kecuali Isnin . Manakala harganya pula boleh dikatakan antara yang terrendah di pasaran yang seangkatan dengannya . Maklumlah, kedudukan Zul Ikan Bakar hanya bersebelahan jeti pendaratan ikan.
Hadirin yang berkunjung ke sini kebiasaannya adalah secara bekeluarga. Sebagai PESANAN kepada pengunjung , premis Zul Ikan Bakar tidak menyediakan menu lain yang mungkin agak kurang selesa bagi mereka yang menikmati makanan secara berkuah. Oleh yang demikian, kami menasihatkan supaya pengunjung membawa/membeli makanan bungkus tambahan seperti sup dan sayur goreng sebagai pelincir dan penambah selera di samping menu utama.
Bagi kami, melihat kemesraan ahli keluarga menikmati hidangan dan masa berkualiti bersama-sama cukup mengujakan. Suatu nilai sentimental yang tidak boleh diukur dengan wang. Selamat menjamu selera.
Wassalam.
Setahu saya Kuala Besut adalah di Besut Terengganu.
ReplyDeleteYa , Kuala Besut Terengganu, namun rasanya tiada masalah untuk kami memulakan langkah dari sini kemudian Tok Bali , Pasir Puteh dan seterusnya Bachok . Sayang , jika saudara berjiran di pinggirkan dari makluman kedai makan antara yang terbaik sekitar Kelantan. Tambahan pula , usul kekeluargaan orang Besut sangat dekat dengan orang Kelantan. Ianya amat jelas melalui transisi loghat percakapan mereka
DeleteSeingat saya ianya dah lebih 20tahun operasi & masih mantop. Satu lagi, jika anda/saudara ke Kuala Besut jgn lupa cuba mee sop si kedai, org sana panggil Kedai Li, dah lebih 30tahun operasi.....depan restoran sakura, hala ke jeti ke pulau perhentian. Kedai look simple/rustic, tapi kuahnya mmg BEST!!!!!
DeleteKami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
Deletedan terimah kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
berikan keputusan 6D ((( 0 9 9 5 3 7 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya menang togel 145
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
INFO TOGEL KLIK DISINI
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747
INFO PESUGIHAN KLIK DISINI
angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Zul Ikan Bakar mmg sedak sengoti wehh...tempat peberet kawe nieh...kalu nok mari makan...mari lewat sket...lepas pukul 10mlm...penuh sokmo ore make sini...
ReplyDeleteAwal nasi kukus...sedap molep,keno skali nk g pah sokmo.dok d jln berek 12...bawah pokok besar...huhuhu sedap sengoti.
ReplyDeleteMtk nom fon kedai ni bleh x ?
ReplyDelete