Assalamualaikum,
Setelah berminggu-minggu kesibukan menguruskan rutin harian anak sekolah akhirnya sempat juga kami mencelah untuk meneruskan perjalanan dalam menjejaki dan menginformasi kedai makan yang terbaik di Kelantan.
Kopitiam Kita , satu nama yang ringkas dan mudah , seiring dengan namanya 'KITA' bermaksud semua kelompok tak kira Melayu , Cina , India , Siam dan sebagainya bertandang di sini untuk menikmati sarapan pagi bagaikan sebuah keluarga besar. Macam-macam ada.
Lokasi Kopitiam Kita sebenarnya dekat dengan pusat bandar namun agak terselindung. Panduan utama untuk sampai ke sini adalah dengan mencari landmark
New Pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa . Resetkan speedometer kereta anda dan sampai saja titik 250 meter maka berpalinglah ke kiri , di hujung bangunan komersial terdapat selekoh , belok kiri maka anda sudah tiba.
Singgah di Kopitiam Kita tatkala menghabiskan masa percutian adalah satu pengalaman yang pastinya tak dapat dilupakan tatkala dapat bersama pelbagai bangsa bersembang mesra loghat
Kelate .
KLIK sini untuk rajah Google Map dan GPS koordinatnya adalah 6.129493,102.24939
Pelbagai gelagat dapat dilihat bila anda memasuki premis ini, ianya melambangkan keselesaan mereka dengan kebersihan dan ruang yang ditampilkan walaupun sibuk dengan pelanggan.
Pelanggan yang sudah biasa di sini setiap pagi semestinya mengidamkan sajian
'Roti Titab' dan secawan kopi pekat di atas meja. Pilihan roti goreng telur dan telur separuh masak juga sangat menyelerakan.
Ada sahabat
Facebook yang bertanya , Apakah maksud 'Roti Titab' itu ? . 'Roti Titab' adalah hasil cetusan resepi pemiliknya sendiri iaitu Mr. N,H Wong dan jenama 'Roti Titab' hanya di
Kopitiam Kita sahaja. Ianya hakcipta terpelihara.
Makanan lain yang sedia terhidang layan diri adalah nasi air dingin, nasi nasi lemak, nasi tumpang dan pelbagai jenis kuih muih yang diperoleh terus dari pembekal yang diyakini.
Kopitiam Kita yang berkonsepkan sarapan santai ini pernah di kunjungi oleh selebriti Datuk Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Yusri , pemain bolasepak antarabangsa dan ramai lagi . Kebanyakan foto dari celebriti tersebut terpampang di barisan layan diri sebagai tatapan pengunjung dan kenang-kenangan peribadi pemilik premis ini.
Premis di buka pada setiap hari kecuali bulan puasa dan hari raya. Ia beroperasi seawal jam
7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja.
Pasal hal harga, kopitiam ini kami anggapkan antara yang terbaik di negeri ini.
Kebetulan pada hari tu , sahabat Mr. Wong datang berkunjung dan sebagai tanda kenangan foto ini adalah permintaannya.
Komen kami adalah : Nikmat penghabisan makan roti titab memang mantap!!.
Wassalam.