Assalamualaikum,
Menjejaki tempat makan best di perjalanan antara pusat perdagangan Bebas Cukai Pengkalan Kobur ke Kota Bharu, kami dapati sebuah kedai yang sepertinya kedai nasi berlauk biasa yang menjual nasi bungkus namun teridu bau harum manis santan kelapa, menambah duka perut-perut yang berkeroncong kelaparan
Dengan itu kami memperkenalkan kepada anda Kedai Kak Lah (Puan Ramlah) Ikan Merah Masak Lemak Cili Api yang pastinya lomak berkrim disukai ramai. Premis hebat ini terletak betul betul berhadapan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur ataupun 800 meter setelah U-turn di jalan mati Pusat Bebas Cukai Pengkalan Kubur.
KLIK sini untuk rajaah Google Maps dan koordinat GPSnya pula adalah 6.230264,102.09595
Apa yang istimewanya di sini berbanding premis-premis lain di Kelantan ?
Kedai Kak Lah ini sangat popular dengan masakan gulai lemak cili api ikan merah (XXX size) yang dimasak segar ditempah khas dari peraih segenap jeti ikan hinggalah ke jeti Tok Bali- Kuala Besut. Memang sukar untuk mendapatkan ikan merah jumbo size secara konsisten namun di sini tiada putusnya walaupun harga ikan merah mentah lebih RM35 sekilogram.
Kak Lah memulakan perniagaannya pada kira-kira 15 tahun yang lalu, bermodalkan RM500 dengan menjual nasi berlauk pagi, namun kini beliau masih kelihatan kuat kudratnya bila masih mampu mengendalikan kapasiti jualan melebihi 20 ekor ikan merah jumbo size setiap hari di samping sotong bertelur goreng, kerutuk daging, gulai ayam kampung dan berpuluh kilo ikan ayam goreng setiap hari walaupun hanya terletak di sebuah perkampungan kecil.
Ramai yang tertanya-tanya berapakah harga masakan di sini?
Pada kami, makanan di sini adalah tidak keterlaluan, ianya adalah satu pertimbangan untung rugi perniagaan yang baik untuk mengatasi overhead harga ikan merah mentah yang bernilai RM35 sekilogram. Itu tak termasuk santan, berpikul kilo bawang dan rempah ratus.
Harga kepala ikan merah (mengikut saiz) secara visualnya adalah di antara RM45-50 seketul dan isinya pula RM10-12 sekeping.Sotong bertelur goreng pula RM6-10 seekor mengikut saiz manakala harga nasi ayam goreng , ikan keli goreng, kerutuk daging adalah pada harga rakyat RM5-6 sahaja.
Mengikut pemerhatian kami sepagi bersama Kak Lah , kami dapati kepala ikan yang berharga RM50 seketul yang diangkat panas berasap pada pukul 8.30 pagi telah habis jualannya 'sold out' menjelang jam 12 tengahari yang tinggal hanyalah isi ikan merah dan lauk pauk biasa sahaja. Sungguh mengagumkan bila melihat guru ulama , ahli politik ,pegawai kerajaan, mat motor besar bahkan menurut cerita Marzidul Akmal Sidek dan beberapa selebriti lain pernah merasai Gulai Ikan Merah Kak Lah ini.
Untuk makluman , premis Kak Lah beroperasi setiap hari melainkan hari-hari cuti yang dipersetujui bersama (majikan pekerja) bermula jam 8.30 pagi sehingga 4 petang.
Oleh yang demikian , kepada sesiapa yang hantu kepala ikan jumbo saiz seharusnya bangun awal pagi untuk merasainya , takut melepas.
Wassalam
No comments:
Post a Comment