Wednesday, November 27, 2013

#NasiKerabu Azma #PasirPekan . Menikmatinya satu kemestian bila ke #Kelantan.


Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, setelah memerhati dan mengambil maklum balas pelancong samada dalam mahupun luar negara, saya dapati mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tempat-tempat makan yang hebat di Kelantan .

Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk membina blog 'Kedai Makan Best Di Kelantan' dan facebook page (KLIK) sebagai capaian maklumat saudara saudari pengunjung negeri Kelantan Darul Naim.

Mukkadimahnya saya memilih kedai Nasi Kerabu Azma Pasir Pekan sebagai appetizer anda.

Premis hebat ini terletak di dalam jajahan Dun Pasir Pekan yang hanya 4 km dari Pusat Bandar Kota Bharu yang pastinya melalui panorama indah Jambatan Sultan Ismail Petra yang baru siap sepenuhnya.


KLIK sini untuk carian terus melalui Google Map.
Koordinat GPS Google Map adalah 6.115502,102.214699


Untuk memudahkan pengecaman, stesen minyak Esso Pasir Pekan yang terletak kira-kira 50 meter dari kedai Nasi Kerabu Azma adalah landmark utama untuk berjumpa jodoh dengan nasi kerabu istimewanya.

Menjejak kaki ke dalam kedai makan ini merupakan saat yang teruja tatkala pelanggan dari semua golongan Cina , India Melayu beratur menunggu giliran dengan sabar. Puan Azma di bantu oleh anak-anak dan pekerja begitu cekap dan mesra terhadap pelanggan.


Waktu operasi Nasi Kerabu Asma adalah bermula pada pukul 3.00 petang dan tutup pada 12.00 tengah malam. Manakala waktu puncaknya adalah pada pukul 5 petang-7 malam yang mana maklumat ini sangat penting bagi mereka yang mempunyai jadual masa yang padat.

Nasi kerabu Kak Asma merupakan top list citarasa dari segi kenakan, keaslian dan cukup rasa yang sudah pastinya ingin kita kongsi bersama.

Seperti yang diketahui ramai , kebanyakan harga makanan di Kelantan adalah sangat murah dan berpatutan. Harga paling minima untuk kita merasai nasi kerabu di sini adalah serendah RM3.50 dan jika kita mempunyai selera makan yang baik, kita boleh menambah menu sampingan seperti solok, ikan celup tepung, daging bakar, ayam goreng , jeruk bawang putih dan sebagainya. Semestinya membaca pun terasa masam masinnya.

Akhir sekali, saya berharap dengan adanya blog ini, dapatlah rakan-rakan dan sahabat khususnya dari luar Kelantan memperoleh maklumat yang cukup untuk sampai ke destinasi terbaik dalam percutian.

Wassalam.

4 comments:

  1. KEPADA PEMBELI BUKAN ANAK KELANTAN, NASIHAT SAYA, JANGAN PERGI BELI DI KEDAI MAKAN INI SEBAB SAYA DAH TERKENA...
    NAK TAHU??????
    MEREKA TIDAK LAYAN PEMBELI YANG X PANDAI CAKAP KELANTAN...
    SAYA MENUNGGU HAMPIR 30 MINIT , LANDSUNG TIDAK DILAYAN, SAMPAI JE ORANG KELANTAN DIA LAYAN.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak you need to be proactive...kalau diam memang la orang tak prasan kakak oii...sampai2 tu teus keluar suara...akak tiga bungkus nasi kerabu!

      Delete
  2. Ambo pon keno.. baru metar takdi... jadi loni tgh nok blaja kecep klantem..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget