Showing posts with label Ikan bakar. Show all posts
Showing posts with label Ikan bakar. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Zul #Ikan #Bakar Kuala #Besut - #Kesegaran terus dari laut untuk kemeriahan santapan.


Assalamualaikum,

Kami menerima banyak pertanyaan dari sahabat facebook untuk mengetahui lokasi warung ikan bakar di negeri Kelantan. Bertindak atas pertanyaan tersebut, rasanya tidak salah untuk kami menerjah hingga ke Kuala Besut, di mana di sinilah bermulanya pendaratan ikan segar tersohor selain dari pengkalan Tok Bali dan Kuala Besar di Kelantan.


Kali ini, kami mambbwa anda ke premis Zul Ikan Bakar Kuala Besut yang popular dikalangan penggemar makanan laut khususnya dalam hidangan ikan bakar berempah. Ia terletak betul-betul di kepala jambatan Kuala Besut bersebelahan jeti pendaratan ikan LKIM . KLIK untuk rajah Google Maps manalaka koordinat GPSnya adalah 5.828319,102.562211


Melangkah kaki melabuhkan punggung ke premis ini, sudah pastinya selera kita memuncak ingin meratah ikan , sotong mahupun udang celup tepung yang panas segar dari kuali sebagai 'appetizer' /pembuka selera. Boleh anda bayangkan ikan celup tepung panas di cicah colek menerjah masuk ke mulut anda? Aduss!! Bisa mimpi dong....



Sambil-sambil melayan anak-anak yang gembira meratah hidangan colek celup tepung , tugasan ibu dan ayah diteruskan dengan memilih jenis ikan mahupun pelbagai makanan laut lain di sudut mentah untuk sajian keluarga. Setelah dipilih, proses penimbangan ikan (harga per 100 gram) dilakukan  untuk di bakar segera oleh kakitangan Zul Ikan Bakar yang cekap.

Setelah menjalani proses penyiangan dan pembersihan, ikan ikan tersebut dibalut dengan kerajang perak bersama rempah ratus rahsia yang membawa kemajuan dan pengekalan premis ini untuk lebih 10 tahun lamanya.




Satu hidangan yang cukup ringkas tetapi membuka selera . Premis Zul Ikan Bakar dimiliki oleh En, Zulkifli bin Muhammad, ia menjalankan perniagaannya bermula pada pukul 8.00 malam hingga 2.00 pagi setiap hari kecuali Isnin . Manakala harganya pula boleh dikatakan antara yang terrendah di pasaran yang seangkatan dengannya . Maklumlah, kedudukan Zul Ikan Bakar hanya bersebelahan jeti pendaratan ikan.


Hadirin yang berkunjung ke sini kebiasaannya adalah secara bekeluarga. Sebagai PESANAN kepada pengunjung , premis Zul Ikan Bakar tidak menyediakan menu lain yang mungkin agak kurang selesa bagi mereka yang menikmati makanan secara berkuah. Oleh yang demikian, kami menasihatkan supaya pengunjung membawa/membeli makanan bungkus tambahan seperti sup dan sayur goreng sebagai pelincir dan penambah selera di samping menu utama.



Bagi kami, melihat kemesraan ahli keluarga menikmati hidangan dan masa berkualiti bersama-sama cukup mengujakan. Suatu nilai sentimental yang tidak boleh diukur dengan wang. Selamat menjamu selera.

Wassalam.

Sunday, February 23, 2014

Chempaka #Ikan #Bakar air asam , citarasa #klasik #rakyat #Kelantan


Assalamualaikum,

Setelah sekian lama, kami menerima pertanyaan dari rakan facebook berkenaan dengan premis ikan bakar yang murah dan sedap di negeri Kelantan , akhirnya kami membuat penampilan sulung mengenainya.

Sebagai pengenalannya , eloklah dulu kita memahami akan jenis ikan bakar yang biasanya dikomersialkan. Terdapat 2 jenis masakan ikan bakar yakni ikan bakar air asam dan ikan bakar berempah. Ikan bakar air asam adalah ikan segar yang di bakar tawar terus untuk dicicah bersama air perahan asam limau/jawa manakala ikan bakar berempah dibakar bersama rempah ratus rahsia yang telah dikisar didalam foil aluminium atau daun pisang di atas kuali leper panas.


Kali ini, kami membawa anda untuk merasai citarasa klasik rakyat Kelantan yakni premis Chempaka Ikan Bakar air asam yang terletak di Kampung Dusun Raja , Kota Bharu Kelantan.

KLIK sini untuk rajah Google Maps dan GPS tepat lokasinya adalah 6.131349,102.272739


Premis Chempaka Ikan Bakar dimiliki oleh Kak Ti dan Abang Li yang telah 5 tahun menjalankan perniagaannya . Premis ini dalam proses penambahbaikan dalam memenuhi kepuasan pengunjung yang setia datang.

Variasi ikan segar bakar yang dihidangkan di sini adalah seperti ikan siakap, bawal, kembung , cencaru , ikan selar , kerapu, sotong, kerang dan bermacam-macam lagi. Ke semua sumber ikan tersebut diperoleh terus dari sumber nelayan sekitar Pantai Sabak dan Tok Bali setiap hari.



Cara basa menikmati ikan bakar air asam ini adalah cukup ringkas, di mana ikan bakar di cicah ke dalam air asam yang cukup sederhana rasa asamnya atau pelanggan boleh memilih untuk mencicah isi ikan kedalam piring sambal belacan yang di campur dengan kicap kipas udang menjadikannya mulut bersiul dan peluh di dahi menjadi ukuran tahap kesedapannya . Manakala nasi putih panas sememangnya cukup rasi dengan kuah ikan singgang ,budu dan ulam, sungguh klasik seperti santapan orang tua Kelantan di zaman silam.

Dalam proses penambahbaikan premis ini, pelanggan juga boleh menunaikan solat kerana pemilik telah menyediakan sebuah bilik untuknya. Suasana di sini agak nyaman kerana trafik yang agak lengang ditambah pula dengan kicauan burung peliharaan pemiliknya.

Chempaka Ikan Bakar di buka 6 hari seminggu bermula pada pukul 5.00 petang sehingga 2 pagi kecuali 1 hari cuti yang dipersetujui bersama antara majikan dan kakitangannya.

Harga yang di tawarkan pula adalah berpatutan mengikut berat timbangan dan jenis ikan yang dipilih pelanggan . Kaitan gambar yang teratas adalah cukup jelas untuk pertimbangan pelanggan. Dengan ikan kembung seberat 200 gram bernilai RM5.00 , kuah+ikan singgang, sambal belacan+Kicap kipas udang, budu dan ulam adalah hanya 8-9 sahaja. Rasanya cukup berbaloi memandangkan harga ikan kembung mentah segar di pasaran pun RM14 sekilogram.

Kesimpulannya, dengan merasai citarasa klasik ringkas unik ini , pelanggan boleh menilai akan jatidiri rakyat Kelantan itu sendiri. Insyaallah

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget