Assalamualaikum,
Pertama sekali, jika tak keberatan mohon jawab soalan cepu emas ini. Siapa tak suka ayam percik?
Sebagai antara warisan utama masakan rakyat negeri Kelantan, kami mengambil keputusan untuk memaparkan premis Ayam Percik Kak Jah Bulatan Lemal, Pasir Mas yang berusia hampir 30 tahun menjalankan perniagaan. Sebelum itu, marilah kita panjatkan sedekah Al-Fatihah kepada pengasas premis ini iaitu arwah Mek Jah bt Hamat yang telah kembali ke Rahmatullah. Kini, legasi percik ini akhirnya disambung oleh cucnya.
KLIK sini untuk rajah jelas dari Google Map manakala koordinat GPSnya adalah 6.029785,102.141239 . Ini adalah kedudukan sebenar premis ayam percik Kak Jah yang agak rendah dari kedudukan jalanraya. Pandangan yang diambil ini adalah dari aras jalanraya menuju Pekan Rantau Panjang.
Walaupun demikian, ayam percik Kak Jah ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Menurut cucunya, utusan Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra pernah beberapa kali membuat tempahan ayam percik di sini untuk santapan dan keraian istana. Kami terpaku dan kagum bila mendengarnya dan kami yakin ada asasnya kenapa ayam percik ini begitu istimewa.
Rata-rata pekerja yang setia menjalankan tugas masing-masing adalah dari golongan peringkat ibu dan ibu tunggal dari kampung berdekatan. Jadi tak hairanlah, kualiti dan rasa kesedapan ayam percik Kak Jah ini adalah seperti air tangan ibu. Sungguh sentimental.
Premis ini memulakan operasi pada setiap hari 7 hari seminggu kecuali atas persetujuan majikan dan pekerja untuk bercuti. Ayam percik mula di jual seawal jam 10.30 pagi hinggalah pukul 5.00 petang.
Harga ayam percik di sini sangatlah berpatutan :
1 perangan 2 ketul (seperti gambar yang teratas)- RM15.00
1 ketul ayam percik - RM7.50
Kaki ayam percik - RM 1.00
Perut ayam percik- RM3.00
Sayap percik - RM3.00
Ati pedal - RM2.00
Kami pasti hampir kesemua yang membaca tanda harga jualan ayam percik ini akan tersenyum lebar dan sudah pastinya anak-anak kita lah yang merupakan orang yang paling berbahagia menikmatinya seperti kita di zaman kanak-kanak dahulu.
Sebagai tanda sokongan kami terhadap perniagaan ayam percik Kak Jah, kami sertakan no telefon cucunya sebagai penghubung jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat tempahan ayam percik yang lazat. 014-8339832-En.Saiful dan 019-9932820 Puan Marini.
Wassalam.
U/p :
1. Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan
2. Pengarah Industri Asas Tani Negeri Kelantan
3. Pihak berkuasa tempatan.