Assalamualaikum,
Berbicara tentang nasi kerabu , ramai pengunjung dari luar Kelantan tidak mengetahui bahawa terdapat 3 jenis nasi kerabu
1. Nasi kerabu biru/hitam
2. Nasi kerabu tumis
3. Nasi kerabu kuning.
Kali ini, kami membawa anda ke
Warung Kak Su Nasi Kerabu Tumis yang terletak di Batu 11(Ketereh) , Jalan Kota Bharu- Kuala Krai yang popular dikalangan penggemar nasi kerabu.
Warung Kak Su Nasi Kerabu Tumis terletak 2.03 km ke hadapan lampu isyarat Pekan Ketereh jika anda dalam perjalanan ke Kota Bharu. Oleh itu, bila setibanya anda di lampu isyarat tersebut, pastikan anda
resetkan
speedometer kereta anda dan setibanya ke titik 2 km , pandang sebelah kiri jalan dan anda akan dapati warung Kak Su betul-betul berhadapan Surau Kampung Chengal Batu 11. Kenapa kami begitu spesifik akan premis ini? Jawapannya , kami sendiri pun selalunya terlepas pandang dan terlajak di jalan yang paling sibuk di negeri ini.
KLIK sini untuk peta Google Map dan navigasi koordinat GPSnya adalah 5.976408,102.249991
Warung Kak Su diasaskan oleh Puan Wan Rahmah bt Wan Daud 15 tahun lalu , di mana nama Kak Su ini merupakan nama panggilan beliau sejak dari zaman remajanya lagi. Beliau kini dalam fasa penyerahan premis untuk diurus tadbir oleh anak lelakinya En. Shahrul Naim.
Beza antara nasi kerabu biru/hitam dengan nasi kerabu tumis adalah nasi kerabu biru tidak mempunyai kuah tumis manakala nasi kerabu tumis mempunyai kuah tumis dan nasinya pula tidak diwarnakan . Hanyalah nasi biasa, nasi putih.
Beginilah suasana kesibukan dan kemeriahan premis ini terutama pada waktu kemuncak pagi Jumaat dan Sabtu setiap minggu. Menurut Kak Su , setiap hari premis ini memperuntukkan lebih 50 kg daging dan 50 kg ayam untuk dibakar dalam memenuhi selera pelanggannya. Kapasiti tersebut meningkat sekali ganda jika tibanya musim cuti sekolah.
Warung Kak Su Nasi Kerabu tumis memulakan operasinya pada setiap hari bermula jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Nasi kerabu tumis yang dijual pula adalah pada harga rakyat , bermula dari RM3.00 untuk nasi kerabu
standard sehinggalah RM6.00 untuk nasi kerabu
special .
Jika pengunjung datang ke sini bersama keluarga, premis ini juga menyediakan nasi berlauk ikan aya(tongkol) dan gulai ayam sebagai menu pilihan .
Moga dengan adanya kami sebagai penunjuk arah untuk pelancong mencari kedai makan best di Kelantan ianya dapat memudahkan pencarian anda. Insyaallah
Wassalam.