Assalamualaikum,
Nasi Kak Wok. Rasanya kalau ditanya majoriti rakyat Kelantan tentang apa dia nasi Kak Wok ? , mereka akan membayangkan nasi ayam goreng yang dipotong kecil bersama kuah gulai kerompes ( sayap, tengkuk, pedal, hati dan sebagainya).
Tapi, apa atau siapa itu nasi Kak Wok?
Arwah Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan adalah merupakan seorang pengasas nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus bersama gulai kerompes ayam. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah
Dengan yang demikian , sebagai penghormatan pihak kami terhadap 'Budaya Nasi Kak Wok' ini , kami bermula pada akar puncanya .
Premis Nasi Kak Wok (The Original) ialah terletak di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra atau dengan landmark pengecamannya adalah lorong Kota Bharu Medical Centre (KBMC) - 1 kilometer dari bangunan Hotel Renaissance. Premisnya terletak lebih kurang 200 meter dari simpang lorong tersebut (red dot).
Untuk carian melalui Google Map sila KLIK sini dan untuk GPS koordinatnya pula adalah 6.102594,102.257802
Rahsianya hanya akan terungkai bila anda menyuapkan nasi bersama sedikit kemanisan gulai kerompes dengan aroma terung ,timun dan kacang panjang manakala sedikit kemasinan ayam goreng dan lembutnya kemasaman sambal belacan perahan asam limau kasturi meneutralkan keadaan . Fuh! Entah apa kami nak cerita. Ringkas dan bersahaja dalam erti kata 'Simply The Best'.
Premis Nasi Kak Wok (The Original) ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.
Pasal harga , Nasi Kak Wok standard adalah hanya RM3.00 . Apa lagi yang kita mahu, makanan sedap, harga murah untuk seisi keluarga kita . Masyaallah.
Wassalam.