Showing posts with label Roti Tempayan (Nan). Show all posts
Showing posts with label Roti Tempayan (Nan). Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

#Roti Tempayan (#Nan) #Tandoori Belimbing , kesedapan #hidangan dari pengalaman.


Assalamualaikum,

Di negeri Kelantan, amat jarang kedapatan kedai makan yang berasaskan gandum seperti roti nan , capati dan sebagainya. Namun, jika sesuatu kawasan itu mempunyai kedai makan sedemikian, sudah tentu ianya menjadi tumpuan , tambah-tambah lagi ianya sedap pada harga yang berpatutan.



Dalam pencarian kedai makan best di kawasan Tanah Merah , kami telah berjumpa dan merasai keenakan Roti Tempayan Tandoori Belimbing yang agak popular di kalangan pelancong pelbagai kaum dan masyarakat setempat.


Premis Roti Tempayan (Nan) Tandoori Belimbing ini terletak lebih kurang 6 km dari Pusat Bandar Tanah Merah di jalan menghala ke Pasir Mas. Lokasinya hanya bersebelahan Masjid Kampung Belimbing . KLIK sini untuk Google Maps dan koordinat GPSnya adalah 5.843056,102.160639


Premis Roti Tempayan Tandoori Belimbing ini dimiliki oleh Poksu sekeluarga yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam arena meng'uli dan menepuk gandum roti nan.

Kesedapan roti tempayan belimbing ini terletak pada roti yang dibakar lembut dalam tempayan menggunakan bahanapi arang untuk aroma aslinya. Selain dari tu , kuah penyicahnya yang terdiri dari kari kambing, ayam dan daging begitu memikat selera dan selalunya mendapat komen yang positif dari pelancong Pakistan yang berkunjung ke sini.



Tandoorinya pula ...Aduss!!! , begitu menggiurkan mata si pemandang. Bagi yang inginkan pengecualian dari roti tempayan hidangan Nasi Ayam Tandoori juga menjadi pilihan.



Mungkin kebanyakan dari kita agak prejudis dengan perbelanjaan bila makan dipremis ala Pakistan ini. Namun percayalah, sebutharga di sinipasti membuka minda anda bergegas ke sini untuk mencubanya.

Harga roti tempayan(nan) dengan kuah kari kambing hanya RM3.00 manakala kuah ayam dan daging pula RM2.00 . Tandori ayam hanya berharga RM6.00-RM8.50 bergantung kepada bahagian yang dipilih pelanggan samada dada atau pun paha. Menarik bukan?


Roti Tempayan Belimbing menjalankan operasi setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 4.00 petang hinggalah 11.00 malam.

Nasihat kami adalah supaya datang awal kerana jika terlampau lewat , kalian akan hampa balik dengan hati kempunan. Hihihi

Wassalam.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget