Saturday, December 14, 2013

#Kopitiam ke-3 , D'Klasik #White #Coffee , Bukan sekadar kopi, santapan daging rusa pasti menggamit selera.


Masyarakat bandar di sebelah pantai barat telah lama menjadikan kopitiam sebagai tempat menjamu selera, santai keluarga dan bersosial dalam apa jua bentuk perbincangan.



Di Kelantan, kami melihat ada beberapa buah kopitiam yang boleh dianggap master dalam menyediakan perkhidmatannya, salah satunya adalah 'Rangkaian kopitiam D'Klasik White Coffee' yang baru sahaja membuka cawangan yang ke 3 di Kota Bharu. Cawangan milik  bumiputera dan yang paling bongsu ini terletak di Jalan Hospital(Jalan Kadir Adabi), 500 meter dari trafik light Kg Cherang Cabang 4 Wau Bulan.

KLIK sini untuk rajah terus dari peta Google Map. Koordinat GPS nya pula adalah 6.124202,102.267339

D'Klasik White Coffee asalnya bermula dengan cemerlang di HUSM Kubang Kerian di mana ianya dikunjungi oleh para ilmuan, doktor , ahli politik dan sekalian pengunjung dari dalam dan luar negeri.  Premis tersebut beroperasi 24 jam 7 hari seminggu kecuali DKlasik Kota Bharu (blog), D'Klasik Wakaf Che Yeh yang berakhir pada 1.30 pagi. Satu permulaan yang baik bagi usahawan bumiputera.


Waktu operasi bermula pada pukul 7.30 pagi, para pelanggan boleh memulakan bicara perjalanan di sini sambil menikmati sarapan ringan roti kaya(homemade), telur separuh masak dan secawan kopi. Tatkala ini wifi sangat di perlukan untuk melayari arah tuju lokasi dan perancangan seterusnya percutian anda. Di sinilah tempatnya.

Kedudukan dan susunan antara meja adalah cukup lapang untuk santai menikmati kopi putih untuk perbincangan hatta privasi. Atmosfera di kopitiam ini sungguh mendamaikan.

 Jadi amat bertepatanlah dengan moto D'Klasik White House 'Rasailah ketenangan bersama rangkaian D'Klasik White Coffee'.

Kadangkala kita sebenarnya mungkin keliru dengan negatif yang mengatakan makan dan minum di kopitiam adalah sangat mahal. Namun bagi kami, dengan standard operasi (S.O.P) pengurusan, pensijilan halal, kebersihan , wifi,  servis dan segala yang di rasa pandang, sebagai ahli perniagaan ianya berhak untuk distandardkan.

Sebagai pelayan kami melanggan pembaca sebagai costumer. Boleh saya dapatkan order cik?


Persepsi tentang kopitam hanya menyediakan roti telur, nasi lemak seharusnya kita ubah, Dengan kepelbagaian makanan dan masakan Malaysia , kopitiam ini sebenarnya menyediakan banyak pilihan antaranya seperti makanan raja-raja dahulu kala , Daging Rusa Goreng Kunyit . Pastinya dalam hayat kita hanya sekali dua saja merasakannya , cuma sekarang diternak. Dengar juga kata orang-orang tua, daging rusa ini baik untuk khasiat kejantanan. Betul ker?



KLIK sini dan LIKE sebagai tanda sokongan kepada perniagaan D'Klasik White Cofee dan mungkin untuk sebarang komen dan aduan.

Wassalam


6 comments:

  1. Sy slalu lepak dan buat perbincangan kat D'Klasik. Cuma antara2 3-3 cwngn ni. Saya suka lepak dgn kawan2 n bawa keluarga yg di cawangan cherang. Dengan suasana, santainya, kebersihan tip topnya.

    ReplyDelete
  2. Team & riders COD kota bharu kami sering kunjung di dKlasik sama ada utk makan seisi keluarga mahupun berbincang dengan klien atau usahawan2 kedai makan. Suasana kafe santai dan kepelbagaian menu sangat sesuai untuk berkumpulan. Kini COD masakan panas pun mudah, oda jah - anta selaluh disediakan team CODChef.

    ReplyDelete
  3. Sy nak order makanan boleh hantar lagi masa ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh saya tahu macam mana kita kita nak apply jawatan kosong di dklasik cafee sebab mencari merata x dapat

      Delete
  4. kalau ada dm saya di 0102048720 atau 01157781796

    ReplyDelete
  5. nama saya ahmad ziat iskandar fu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget