Saturday, January 4, 2014

#Nasi Abe Mie , Nasi panas berasap di tangan , #sedap di makan.


Assalamualaikum,

Sebut saja nasi berlauk , pastinya rakyat Kelantan sudah ada gambaran bahawasanya itu adalah 'fast food' pagi petang siang dan malam. Namun bagi pengunjung yang baru cuba mengenali Kelantan ianya adalah agak berat. Itu lah hakikatnya. Biasakanlah diri anda.

Kali ini , kami membawa anda ke 'side walk' premis Nasi Abe Mie , Jalan Langgar , Kota Bharu sebagai salah satu tempat carian makanan yang sedap dengan harga rakyat berbudget rendah. Premis ini terletak di Kampung Langgar, Jalan Sultan Yahya Petra dengan landmarknya Hotel Renaissanse dengan jarak lebih kurang 200 meter.

KLIK sini untuk rajah Google Map manakala lokasi GPSnya pula adalah 6.111027,102.252647


Jangan terpedaya dengan mata anda...hehehe.

Sejarahnya perniagaan Nasi Abe Mie (En.Azmi bin Ghani) bermula pada era 80'an di Padang Bas, di Tengah Pusat Bandar Kota Bharu. Namun setelah Padang Bas telah dimajukan oleh kerajaan negeri Kelantan , Nasi Abe Mie menjalankan perniagaan gerai 'side walk' antara yang paling berjaya dengan 2 lagi cawangan 1 Di 'Restoran Greenland'/Ah Heng dan 1 yang sedang dalam ubah suai di Jalan Telipot. (Insyaallah akan di update bila siapnya nanti).


Apa yang istimewanya Nasi Abe Mie ni ?

Tiada yang istimewa, hanyalah nasi yang ditanak seperti biasa(bukan nasi kukus) yang baru lepas masak dengan masih berwap panas bersama ayam goreng garing panas live dari dapur berkuahkan kari ataupun gulai ikan kuning aya(tongkol).
Jaga mulut anda bila membacanya. Hikhikhik


Keadaan rakyat Kelantan yang selalu kesibukan dengan masa pastinya menuntut premis yang bersifat fast food tapi mengenyangkan menjadikan Nasi Abe Mie sebagai tumpuan rakyat marhean. Oleh itu tidak hairanlah Nasi Abe Mie merupakan tumpuan waktu puncak (12.30tgh-2.30 petang) penjawat awam dan pengunjung yang berkira masa dalam memenuhi masa percutian.


Premis Nasi Abe Mie ini memulakan operasi pada pukul 10.30 pagi sehingga 5 petang dan malamnya digantikan dengan masalah panas oleh pemilik. Hari Jumaat merupakan hari cuti.

Manakala harganya pula adalah harga rakyat, RM4.50 untuk foto yang teratas. Jika tambah ramuan, biasalah harga mesti naik kan?.


Kerjasama yang baik antara pemilik dengan Abe Mie menjadikan premis situasi menang-menang dalam perniagaan orang Islam. Alhamdulillah.
   

2 comments:

  1. Tuan Admin .... tumpang tanya .... kedai nasi air odeon masih ada lagikah di kota bharu?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nak tnya.. Saya student umk
    Saya berminat nak buat kajian tentang kedai Abe Mie ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget