Wednesday, January 8, 2014

#Mee Cambo ( #Fish #Ball #Noodle ) Noriza #Restoran , rasa asli dari sahabat seberang. #Thailand .


Pada 7 hb, Rabu (semalam) kami kembali menjejaki kedai makan yang best di Kelantan bermula dari Sempadan Malaysia Thai , Kawasan Perdagangan Bebas Cukai Pengkalan Kubur.



Kami memperkenalkan kepada anda sebuah restoran 'Mee Cambo' yang suatu ketika dahulunya top di jalan masuk sempadan Kelantan Malaysia - Takbai, Thailand , premis tersebut adalah Noriza Restoran. Di mana ya? . Untuk pengetahuan, dahulunya hanya ada 1 jalan masuk ke Pusat Bebas Cukai Pengkalan Kubur (jalan lama) begitu meriah dengan pengunjung dan transit saudara kita dari Takbai   Namun setelah pembukaan jalan baru dari Kelaboran ke Pengkalan Kubur menjadikan jalan ini agak lesu dengan pengunjung.  Oleh yang demikian , jika untuk merasai mee cambo Kak Noriza ini, anda haruslah mengambil jalan lama ke Pengkalan Kubur yang merupakan jalan mati dan terdapat sebuah Stesen Teksi Pengkalan Kubur sebagai penyudahnya. Premis ini betul-betul berhadapan dengan stesen teksi tersebut.

KLIK sini untuk rajah Google Maps dan koordinat GPSnya pula adalah 6.232773,102.092294


Restoran Kak Noriza kini menjalankan perniagaannya bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 malam pada setiap hari kecuali hari Jumaat.

Malangnya kehadiran kami adalah pada awal pagi dan baru saja habis musim melancong di Malaysia yakni cuti sekolah...hehehe. Maka suasananya adalah agak lengang.



Mee cambo, kerabu meggi , tom yam kung(ikan) dan pelbagai masakan panas sedia menunggu pesanan pelanggan. Jadi, jika mana-mana pengunjung yang telah datang ke Pusat Perdagangan Bebas Cukai Pengkalan Kubur , rugi tak kecap rasa mee cambo yang asli dengan bau kuah ramuan sup bersama daun patchi di ketip di gigi , bebola ikan segar diimport terus dari Takbai dan isi ayam yang lembut menjadikan mee cambo mimpi ngeri kalau tak merasakannya bila tibanya percutian di Kelantan.

Harganya pula adalah hanya RM5.00 semangkuk (standard) seperti foto yang teratas dan jika ada yang mahukan lebih kick yang specialnya pun ada hanya RM7.00 semangkuk. Memang berbaloi.

Berita baik untuk peniaga Pengkalan Kubur , Insayaallah kawasan ini mungkin akan kembali meriah dengan hubungan 2 saudara Thailand-Kelantan, Malaysia, bila 'blue print' cetak biru jambatan Takbai-Pengkalan Kubur bakal dilaksanakan nanti. KLIK sini untuk video akan pengesahan dari seorang menteri barkaitan pembinaan Jambatan Takbai-Pengkalan Kubur .

Foto ihsan Jambatan Tok Bali KLIK

Semoga perjalanan projek ini di laksanakan segera demi kebaikan ekonomi rakyat Malaysia dan Thailand. Sama-sama kita doakan.          

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget