Sunday, March 30, 2014

#Nasi #Lemak Sri Maharani Tok Wan Ali Tanah Merah : Satu lagenda penyambung legasi.


Assalamualaikum,

Kelantan... Sebuah negeri yang mempunyai 11 daerah dengan kepelbagaian masing-masing yang tersendiri. Kali ini kami membawa anda ke premis nasi Lemak Tok Wan atau Sri Maharani yang merupakan salah satu lagenda kedai makan di Tanah Merah.


Selama lebih 20 tahun warung kedai pat'ti Nasi Lemak Sri Maharani (Tok Wan Ali) terletak di sebelah Stesen Kereta Sewa Tanah Merah atau di simpang 4 lampu isyarat lintasan KTMB namun setelah berlaku kebakaran besar beberapa tahun lalu ianya telah beralih tempat ke Jalan Pechong di kawasan premis yang baru didirikan.

KLIK sini untuk cerapan dari Google Maps manakala koordinat GPSnya adalah 5.80932,102.150396



Sekian lama merasa dan membuat sedikit soal sedikit tentang di mana letaknya umpphh nasi lemak Tok Wan ini , rata-rata di kalangan pengunjung bersetuju bahawa sambal ikan bilis merupakan puncanya. Di samping itu lauk pauknya seperti putuh , ayam, paru , telur goreng dan sebagainya begitu sinonim dengan nasi lemak Tok Wan ini. Ringkas namun menyelerakan.



Seperkara lagi, kelebihan premis nasi Lemak Sri Maharani (Tok Wan) adalah ianya beroperasi 24 jam kecuali hari-hari kecemasan , satu-satunya di Tanah Merah . Jadi tak hairanlah ianya menjadi kunjungan serata masyarakat dari seluruh pelusuk Kelantan lebih-lebih lagi pelawat Hospital Tanah Merah yang berdekatan.

Harga nasi lemak puyuh atau nasi lemak ayam goreng hanya RM5.00 dan sebarang penambahan adalah pada harga yang sangat berpatutan .

Dalam mempelbagaikan menu untuk pilihan dan santapan pengunjung , premis ini juga menyediakan 'Mee Bandung Muar' yang begitu menyelerakan


Kesimpulannya , premis Nasi Lemak Sri Maharani (Tok Wan) merupakan suatu legasi perniagaan turun temurun yang berjaya walaupun suatu ketika dahulu pernah mengalami bencana (kebakaran). Namun dengan sikap Tok Wan yang tidak pernah mengenal putus asa, beliau boleh menarik nafas lega . Syukur, Alhamdulillah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget