Sunday, April 6, 2014

#Selera Tepi Sungai , Tanah Merah : Kepelbagaian #masakan dan #keselesaan pelanggan jadi tumpuan .


Assalamualaikum.

Kami masih lagi di Daerah Tanah Merah dalam mengenalpasti kedai makan yang best dan sedap untuk ditonjolkan kepada pelancong yang menghabiskan masa percutian di Kelantan. Moga dengan adanya informasi dari blog kami yang tak seberapa ini, menjadikan anda sampai ke destinasi. Insyaallah.

Adalah tidak cukup rasanya bila anda berkunjung di Kelantan jika tidak singgah di Selera Tepi Sungai yang menghidangkan pelbagai aneka masakan yang sudah pastinya rambang mata untuk memilihnya. Lokasi untuk menjejaki premis Selera Tepi Sungai ini amat mudah jika kena caranya.  Pertama sekali, kenalpasti kedudukan Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah dan daripada situ anda teruskan perjalanan hanya 300 meter menghala ke Tanah Merah , pandang sebelah kiri maka anda tiba di lokasinya.

KLIK untuk rajah Google Maps atau taip kod ini ke mobile GPS locator anda:  5.785509,102.149497 .



Ini adalah landmarknya , foto di atas menunjukkan bangunan baru yang telah dibina setelah premis asal yang berada di sebelahnya tidak mampu menampung permintaan pelanggan terutama bila tibanya musim kemuncak function terutama dari pelbagai sektor seperti guru dan kakitangan awam/swasta seluruh daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli.



Manakala, laman makan hariannya begitu luas dan selesa untuk kunjungan pelanggan dari segenap bangsa dan umurnya.

Premis Selera Tepi Sungai ini dimiliki oleh Puan Norhayati Binti Hassan dan sekeluarga yang memulakan perniagaannya pada akhir 90'an dahulu. Brmula dengan hanya nasi berlauk pagi, perniagaan beliau kini berkembang maju dengan pembesaran saiz premis dalam memenuhi permintaan pelanggan dari dalam dan luar negeri . Tahniah kami ucapkan.



Operasi Premis Selera Tepi Sungai bermula pada pukul 8.00 pagi dengan menyediakan nasi berlauk, kerabu , laksa, laksam , kuih dan sebagainya.

Kemudian jam 11.30 pagi , ia mula agak sibuk dengan penyediaan makan tengahari yang merupakan waktu puncak perniagaan . Hidangan layan diri waktu tengahari terdiri dari pelbagai jenis gulai bermula dengan gulai ikan kering, kerutuk daging , kurma,  ayam ikan percik dan puluhan jenis resepi Melayu dan ala Thai yang boleh anda nikmatinya. Sup daging kawah pula tersedia untuk dihirup oleh pengunjung yang ingin selera kurang lemak.



Bagi mereka yang suka jenis makanan yang manis dan ringan ringan, Selera Tepi Sungai menyediakan beraneka bubur dan manisan seperti butir nangka, sagupa, bubur jagung dan lain-lain . Dan selepas menikmati makanan manis pasti anda memerlukan minuman pelawas yang baik . Jangan risau kerana premis ini telah pun menyediakan air kepala pandan segar malahan minuman berkarbonat pun penuh dipaparan peti sejuk mereka.

Jika  ada pelanggan yang suka akan pencuci mulut berasaskan buah buahan , di sini pun ada gerai kecil mereka.


Premis Selera Tepi Sungai mengakhiri perniagaannya dengan masakan panas ala carte sehingga jam 11.00 malam.

Berkenaan dengan harga pula, kami memberi jaminan 'harga patut' kerana rata-rata makanan dan minuman di sini masih lagi dijual pada harga warung walhal persediannya boleh kami katakan ada bintang yang selayaknya boleh diselitkan. Oleh itu tak hairanlah , pelajar sekolah pun mampu untuk menjamu selera di sini. 'Harga Rakyat'.

Selain itu , penyediaan surau dan tandas yang bersih oleh pihak pengurusan menjadikan premis ini wajar untuk diteladani.



Kebetulan pada hari sesi fotografi , premis ini telah ditempah oleh guru-guru dari sebuah sekolah untuk mengadakan jamuan . Maka kami tidak melepaskan peluang untuk memerhati secara dekat akan kemudahan function di bangunan baru Selera Tepi Sungai ini . Memang cukup luas hinggakan mampu untuk menampung 400 orang untuk satu-satu masa . Dewan adalah berhawa dingin dengan sistem audio , projektor dan LED menjadikan ianya cukup sempurna.

Harga untuk tempahan apa-apa jamuan dan function pula adalah cukup mudah dan murah , hanya dalam lingkungan RM220-RM250 per/meja dengan pilihan set Chinese , Thai atau pun Melayu. Jadi. kami tak hairan lah bahawasanya Selera Tepi Sungai mendapat tumpuan tempahan dari serata negeri ini samada tempahan kerajaan / swasta hatta perkawinan sekalipun.  Ianya memang berbaloi. Untuk tempahan, bolehlah hubungi 09-9558966 atau 09-9552240 .

Saksikan video Selera Tepi Sungai.
Kredit videographer : Waris Minda



Kesimpulannya, Selera Tepi Sungai adalah antara premis yang paling berjaya di negeri Kelantan kerana keberkatan hubungan baik antara majikan dengan kakitangannya.

KLIK dan LIKE Facebook Page Selera Tepi Sungai sebagai tanda sokongan perniagaan orang kita.    

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget