Tuesday, April 8, 2014

TM #Kopitiam . Singgahan berbaloi di Tanah Merah, #murah dan menyelerakan.


Assalamualaikum.

Seminggu berulang alik setiap pagi dari Kota Bharu ke Tanah Merah dalam usaha memberi informasi tempat makan yang terbaik agak memenatkan . Namun perasaan penat itu hampir hilang bila kami singgah setiap pagi di TM Kopitiam yang terletak di Taman Barakah, Tanah Merah yang menenangkan.


Premis TM Kopitiam ini terletak hanya 500 meter dari Pusat Bandar Tanah Merah di jalan menghala ke Pasir Mas. Penanda mudah untuk menjumpai kopitiam ini adalah dengan mengenalpasti Balai Bomba Tanah Merah , di deretan rumah kedai sebelah balai itu lah lokasinya.  KLIK untuk peta Google Maps dan koodinat GPSnya adalah  5.813891,102.148373


Pada mulanya kami hanya mendapat makluman rakan facebook yang mencadangkan premis TM Kopitiam wajar untuk dicuba. Akhirnya kami berkesempatan untuk singgah dan mencuba menu 'sandwich tuna' yang berharga hanya RM4.00 bersama secawan kopi panas. Memang murah dan berbaloi-baloi .


Seperti kebiasaannya , pemakanan rakyat Kelantan memang tak sah tanpa kehadiran nasi berlauk pagi , oleh itu demi memenuhi tuntutan pelanggan pengusaha TM Kopitiam ini yakni Puan Wan Asmanira sanggup bersusah payah berulang alik ke Kota Bharu demi mendapatkan bekalan segar Nasi Air Dingin, Nasi Kedai Buluh , nasi tumpang dan sebagainya . Servis ini hanya untuk sarapan sahaja.


 
Untuk pengetahuan, premis TM Kopitiam memulakan operasi pada setiap hari bermula pada pukul 7.00 pagi hingglah 1.00 pagi . Menu utama lain selain sandwich tuna dan pelbagai nasi pagi adalah masakan panas dan makanan barat yang disediakan sepanjang tempoh perniagaan .

Sepanjang tempoh kami singgah di premis ini, kami amat berpuas hati dengan kemudahan layaran internet WIFI yang pantas dan kerana itulah kami jadikan premis ini sebagai check point untuk liputan makan dan minum daerah Tanah Merah untuk masa yang akan datang . Insyaallah.

KLIK dan LIKE Facebook Page TM Kopitiam sebagai tanda sokongan.

Wassalam.  

1 comment:

  1. bos.....try cari kedai alah kg2 pulok.....baru jd......nasik air dingin sokmo doh....kedai din tokyo x g ko?? nasik kukus janie pun ok jale alah nk g pcb....kedai kt stesen ketoapi wakaf baru....byk kuih situ....nk tanyo skit la...kamera model gapo bos guno..kito mnat jugok ambik gmbar nih....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Makan Best Yang Lain Di Kelantan :

Get this widget